Friday, June 08, 2012

Sukan Pemaju Negara


Sukan kini tidak menjadi suatu yang asing kepada negara mahupun dunia yang semakin pesat dengan pelbagai kegiatan lain, malah sukan boleh memberikan rezeki kepada masyarakat yang kini hanya menunjukkan kemahirannya sahaja. Sukan juga penting kepada kita, atas jaminan kesihatan kita terjaga. Sukan telah menjadi suatu pekara yang di gemari oleh seluruh masyarakat dunia. Malangnya kegemaran terhadap sukan hanya dapat di lihat daripada perkataannya sahaja, meraka tidak mengamalkan sukan tersebut.
 Melihat masalah ini, pelbagai usaha bagi memajukan kegiatan sukan yang telah di lakukan oleh masyarakat sekeliling. Kerajaan juga telah memberikan kerjasama dalam memajukan sukan Negara kita dengan mengwujudkan iklan mengenai sukan kita dengan memberikan semangat kepada rakyat bagi menyokong sukan kita. Selain itu, menggunakan atlet-atlet sukan sebagai watak dalam iklan-iklan yang berkenaan seperti mempromosikan jenama minuman yang berkhasiat dan sebagainya.
Kerajaan juga, telah menyediakan sekolah-sekolah bagi pembelajaran sukan untuk menghasilkan pelapis-pelapis daripada sekolah tersebut. Demikian itu, kerajaan telah menyediakan suatu subjek yang perlu di ambil bagi memberikan kecergasan pada diri setiap pelajar. Dalam subjek tersebut kerajaan amat berharap atas pembelajaran yang diberikan itu dalam melakukan sumbangan yang besar kepada Negara kita ataupun dunia kita.
Dalam usaha bagi memajukan sukan negara, media massa mempunyai peranan yang penting dalam usaha kemajuan tersebut. Media massa tidak menjadi asing kepada masyarakat kerana penyebaran surat pekeliling, berita, kongsian pendapat dan sebuah cerita semuanya bermula daripada media massa tersebut. Media massa seharusnya memaparkan suatu isu sukan ke dalam television. Seterusnya, mereka perlulah memaparkan sukan-sukan secara langsung ke dalam paparan television.
Bantuan laman web global ialah suatu cara bagi mengusahakan sukan kita, malah masyarakat kini lebih giat atau lebih gemar kepada penggunaan komputer dan laman sesawang yang lain. Masyarakat sedar akan kebaikan dalam melakukan kegiatan sukan, kegiatan sukan amat baik kepada kesihatan dan tubuh badan. Malah, kegiatan sukan ini dapat menambah hubungan neuron-neuron otak kita. Di samping itu, ia dapat memberikan kecergasan otak dan akan memahirkan otak-otak kita dengan penggunaan kedua-dua belah otak iaitu otak kiri dan juga otak kanan.
Rakan ialah pengaruh yang besar kepada rakan yang lain, bagi usaha ini. pemerhatian kepada seseorang pelajar dalam sukan sudah cukup bagi sumbangan yang tidak memerlukan tenaga yang kuat. Daripada itu, guru-guru perlulah memberikan sokongan yang secukupnya bagi mejayakan usaha kerajaan dan usaha masyarakat sekeliling.
Atas dasar guru, penerangan dalam kebaikan sukan telah diperterangkan oleh guru masing-masing. Antara contoh kebaikan sukan seperti, memberian kesabaran kepada pemain sukan atau penyokong, displin dalam peraturan sukan dan pertuturan, dan kesedaran akan semua nilai yang terbaik.
Usaha yang paling ketara dapat kita lihat dalam menjayakan sukan bola sepak bagi seluruh dunia. Kini sukan bola sepak menjadi perhatian kepada kalian umur manusia. Tambahan pula, deman bola yang hampir dekat yang di mana usaha masyarakat dunia iaitu “EURO 2012”. Atas penampilan pemain-pemain yang mempunyai keelokan rupa itu, meraka di gemari dan digilai oleh kaum Hawa mahupun kaum Adam. Tambahan lagi, kemahiran yang mahir dalam pemainan bola sepak telah menarik pelbagai peminat daripada seluruh dunia.
Sukan ialah kecergasan, kecergasan ialah kegembiraan, kegembiraan untuk semua lapisan masyarakat. Maka, sukan ialah kegembiraan. Jadikanlah sukan itu sebagai suatu pekara yang wajib atau harus bagi sekalian manusia, sesungguhnya sukan menjamin kesihatan manusia dan ingatlah “tak nak seribu daya, hendak seribu dalih”.

No comments:

Post a Comment