cerita semalam kini menjadi sejarah, Risau akan permainan mimpi itu berlaku.. semakin di fikir saya menjadi risau.
Seperti hari biasa, Saya tidur dengan keselesaan sendiri. Umpama setiap saat dan setiap waktu kurang keselesaan pada diri.
Tiba satu saat ketenangan lelap mula terasa.
Al-kisah bermula sewaktu itu. Semuncul sahaja saya di mimpi itu, Saya berada di luar sebuah flat yang sederhana kelihatannya. saya bersama beberapa rakan saya yang tidak dikenali bersama-sama menuju ke suatu tempat tidak di pasti dimana arahnya. Saat tiba di hadapan tangga, kami mula memijak anak tangga satu demi satu sehinggalah ke puncak tuju yang berada di tingkat 5.
Sesampai kami di sana, kami ke suatu pintu yang kosong muka pintunya. Kami memasuki rumah itu seperti kenalan yang begitu lama sudah dikenali. Kami di layan dengan begitu baik dan alang terkejutnya saya apabila melihat guru pelatih yang belajar di Universiti Malaysia Sabah yang mengajar Subjek Geografi dan Sejarah iaitu cikgu Adi Madika. Saya berkelakuan seperti kebiasaan diri sendiri.
Jenaka telah di mulakan, kegembiraan kami ke rumah itu tidak dapat saya lupakan. Tetapi itu hanya sementara apabila seorang wanita datang umpama cemburu dengan seseorang. Kami meninggalkan tempat itu dengan aman. Saya merasakan cikgu itu suka kepada rakan saya dan mempunyai perasaan cinta.
Pada suatu hari, kami ke sebuah supermarket bagi mengisi barang-barang yang berkurang di rumah kami. Perasaan cinta itu Hanya disedari Oleh saya sahaja. Suatu ketika ,saya terlihat cikgu yang berada di sana. wajah Cikgu tersebut amat cemas bagaikan ada suatu perkara yang kurang di senanginya. Setelah dia melihat kami, di menuju ke arah kami. Hanya saya sahaja yang perasan akan kehadiran cikgu di situ. selintas itu, saya terlihat seorang lelaki yang pelik pakaiannya dengan sesuatu alat yang tajam yang bertali besi yang bersambung dengan tangan lelaki itu.
Lelaki yang pelik itu cuba untuk menyerang rakan saya dan seumpama di upah bagi membunuhnya. Cikgu dengan bergegasnya menuju senjata bagi menghalang serangan tersebut. Dengan itu lelaki yang berpakaian pelik itu menarik senjata tersebut dan terlepaslah senjata tersebut daripada badan cikgu, tetapi malangnya tarikan senjata itu telah menarik jantung cikgu juga. Bergegaslah lelaki pelik itu keluar tanpa berpaling.
Kejadian itu berlaku amatlah singkat seumpama orang awam tidak melihatnya. Hanya kesan darah sahaja yang dapat menerangkan kejadian itu. Cikgu kelihatan seperti biasa dan keluar tanpa tujuan. Atas kerisauan keselamatannya, saya mengekori cikgu. Sesampai suatu tempat. Cikgu meminta saya pergi dan tinggalkan ia di situ. Ia kelihatan menyesal kerana kematiannya akan tiba. Saya mengikut arahannya. setelah beberapa hari, hari menjadi biasa. cemas dalam kemalangan itu telah hilang diminda.
Setelah itu saya terbangun daripada tidur yang menyerikan. Sesampai sekarang perasaan ingin tahu mengenai cikgu dalam mimpi tersebut masih menjadi tanda tanya.
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment