Friday, June 08, 2012

soalan kebenaran Islam


soalan kebenaran Islam

·         Mengapakah tuhan-mu mempunyai 99 nama yang dikatakan mulia?
o   Setiap nama ada maksudNya dan nama itu mewakili setiap apa yang telah dibuat olehNya.
·         Mengapakah orang yang beragama islam sahaja yang di masukan ke syurga dan mengapakah orang yang melakukan kejahatan(islam) juga di masukkan ke dalam syurga? Ini tidak adil!
o   Telah banyak kebenaran tentang agama islam, seperti kitab-kitab yang telah di turunkan pada dahulu. Seperti kitab taurat, kitab Injil dan kitab zabur. Tetapi kitab-kitab itu telah di ubah suai dan ditukar isi serta maksudnya. Jika mencari kitab tersebut, amat sukar mencari kitab yang tidak di usik.
o   Allah swt ialah Maha Adil dan Maha penyayang, biarpun berbuat kesilapan tetapi mereka di jamin masuk ke syurga dengan syarat mendapat balasan di neraka sementara. Jika kita lihat, manusia ialah ciptaan yang unik dan istimewa. Manusia di beri nafsu, dan fikiran. Segala kejahatan bermula daripada nafsu dan di tambah pula godaan iblis yang di laknat. Siapa yang dapat mengatasinya dialah terlebih dahulu masuk ke syurga dan yang telah tewas akan di masukkan ke dalam neraka sementara.
·         Mengapakah Nabi Muhammad mempunyai isteri yang terlalu ramai.
o   Nabi Muhammad ialah utusan Allah swt, beliau hanya berdakwah dan bukan beristeri yang ramai kerana nafsu. Beliau terpelihara daripada dosa dan menjadi contoh umat islam. Setiap umat islam lelaki dibenarkan beristeri empat. Dengan syarat:
§  Mempunyai keupayahan untuk menampung nafka keluarga
§  Perlulah menjadi seorang yang adil.
§  Perlulah mempunyai keimanan yang teguh.
§  Sebagainya
·         Mengapakah kamu Beribadat dalam mengikuti satu arah sahaja(kiblat), Adakah kamu menyembah bangunan?
o   bangunan itu tempat beriadah, seumpama tempat melancong. Tetapi tempat itu amat mulai dan di gelar Tanah haram kerana haram bagi orang yang bukan beragama islam melintasinya. Kekadang  umat islam akan mendapatkan Hidayah(petunjuk) apabila berada di sana. Di sana juga, tempat orang yang menunaikan haji(wajib bagi orang berkemampuan).
o   Arah itu, tidak mempunyai kaitan tentang bangunan tersebut. Satu arah menunjukkan bahawa umat islam ialah satu dan tidak keduanya mahupun ketiganya.
·         Dimanakah tuhan kamu? Dan Pernah-kah engkau melihat tuhan mu?
o   Allah swt tidak memerlukan tempat, Jika Allah swt mempunyai tempat pasti sekalian manusia membanjiri tempat tersebut. Allah swt ialah maha kuasa, di mana juga manusia ia sentiasa menjadi saksi.
o   Sekalian manusia tidak mampu melihat zat(rupa bentuk) Allah, bahkan para rasul dan malaikat juga tidak perna melihatnya kerana ada sebuah cerita dimana nabi Ibrahim memohon agar Allah swt memperlihatkan wajahnya. Baru di perlihatkan dengan bukit, bukit musnah berkecai. Tetapi akan dijanjikan bahawa akan perlihatlah wajah Allah swt di syurga kelak dan itulah Anugerah yang terbesar yang di berikan.

No comments:

Post a Comment