Friday, June 08, 2012

berfikirlah


Jangka masa di dunia sangat singkat. Singkat yang tidak terkira. Seumpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam, sejam bagaikan seminit, seminit bagaikan sesaat dan sesaat umpama sesingkat.

                ItuLah antara tanda kiamat yang kian datang, tanpa deria, tanpa suara, tanpa kelihatan, tanpa segalanya dan hanya ada tanda. Di mana tanda kiamat sudah hampir tiba.

                Sejak dari kecil lagi, saya berfikir bahawa APAKAH TUJUAN UNTUK HIDUP? dan sekian lamanya baru saya mengerti erti hidup. Hidup ini hanya untuk beribadat. Kekadang terfikir tentang katalah kita tidak di wujudkan, Apakah perasaan itu? Di manakah kita? Dan sebagainya soalan yang bermain

                Ada sebuah cerita tentang Iblis yang laknat cuba memperdayakan manusia. Kata Iblis, siapakah mengcipta kamu? Jawab manusia, tuhan ku, kata Iblis lagi, siapakah tuhan mu? Jawab manusia, Allah swt. Iblis bertanya lagi, siapakah yang mengcipta Allah? manusia hilang arah dan berkata, Aku Beriman Kepada Allah.
sebagai manusia itulah jawapan yang perlu kita jawab soalan itu di perkatakan.

sekian terima kasih.
salam subuh jumaa't

soalan kebenaran Islam


soalan kebenaran Islam

·         Mengapakah tuhan-mu mempunyai 99 nama yang dikatakan mulia?
o   Setiap nama ada maksudNya dan nama itu mewakili setiap apa yang telah dibuat olehNya.
·         Mengapakah orang yang beragama islam sahaja yang di masukan ke syurga dan mengapakah orang yang melakukan kejahatan(islam) juga di masukkan ke dalam syurga? Ini tidak adil!
o   Telah banyak kebenaran tentang agama islam, seperti kitab-kitab yang telah di turunkan pada dahulu. Seperti kitab taurat, kitab Injil dan kitab zabur. Tetapi kitab-kitab itu telah di ubah suai dan ditukar isi serta maksudnya. Jika mencari kitab tersebut, amat sukar mencari kitab yang tidak di usik.
o   Allah swt ialah Maha Adil dan Maha penyayang, biarpun berbuat kesilapan tetapi mereka di jamin masuk ke syurga dengan syarat mendapat balasan di neraka sementara. Jika kita lihat, manusia ialah ciptaan yang unik dan istimewa. Manusia di beri nafsu, dan fikiran. Segala kejahatan bermula daripada nafsu dan di tambah pula godaan iblis yang di laknat. Siapa yang dapat mengatasinya dialah terlebih dahulu masuk ke syurga dan yang telah tewas akan di masukkan ke dalam neraka sementara.
·         Mengapakah Nabi Muhammad mempunyai isteri yang terlalu ramai.
o   Nabi Muhammad ialah utusan Allah swt, beliau hanya berdakwah dan bukan beristeri yang ramai kerana nafsu. Beliau terpelihara daripada dosa dan menjadi contoh umat islam. Setiap umat islam lelaki dibenarkan beristeri empat. Dengan syarat:
§  Mempunyai keupayahan untuk menampung nafka keluarga
§  Perlulah menjadi seorang yang adil.
§  Perlulah mempunyai keimanan yang teguh.
§  Sebagainya
·         Mengapakah kamu Beribadat dalam mengikuti satu arah sahaja(kiblat), Adakah kamu menyembah bangunan?
o   bangunan itu tempat beriadah, seumpama tempat melancong. Tetapi tempat itu amat mulai dan di gelar Tanah haram kerana haram bagi orang yang bukan beragama islam melintasinya. Kekadang  umat islam akan mendapatkan Hidayah(petunjuk) apabila berada di sana. Di sana juga, tempat orang yang menunaikan haji(wajib bagi orang berkemampuan).
o   Arah itu, tidak mempunyai kaitan tentang bangunan tersebut. Satu arah menunjukkan bahawa umat islam ialah satu dan tidak keduanya mahupun ketiganya.
·         Dimanakah tuhan kamu? Dan Pernah-kah engkau melihat tuhan mu?
o   Allah swt tidak memerlukan tempat, Jika Allah swt mempunyai tempat pasti sekalian manusia membanjiri tempat tersebut. Allah swt ialah maha kuasa, di mana juga manusia ia sentiasa menjadi saksi.
o   Sekalian manusia tidak mampu melihat zat(rupa bentuk) Allah, bahkan para rasul dan malaikat juga tidak perna melihatnya kerana ada sebuah cerita dimana nabi Ibrahim memohon agar Allah swt memperlihatkan wajahnya. Baru di perlihatkan dengan bukit, bukit musnah berkecai. Tetapi akan dijanjikan bahawa akan perlihatlah wajah Allah swt di syurga kelak dan itulah Anugerah yang terbesar yang di berikan.

Sukan Pemaju Negara


Sukan kini tidak menjadi suatu yang asing kepada negara mahupun dunia yang semakin pesat dengan pelbagai kegiatan lain, malah sukan boleh memberikan rezeki kepada masyarakat yang kini hanya menunjukkan kemahirannya sahaja. Sukan juga penting kepada kita, atas jaminan kesihatan kita terjaga. Sukan telah menjadi suatu pekara yang di gemari oleh seluruh masyarakat dunia. Malangnya kegemaran terhadap sukan hanya dapat di lihat daripada perkataannya sahaja, meraka tidak mengamalkan sukan tersebut.
 Melihat masalah ini, pelbagai usaha bagi memajukan kegiatan sukan yang telah di lakukan oleh masyarakat sekeliling. Kerajaan juga telah memberikan kerjasama dalam memajukan sukan Negara kita dengan mengwujudkan iklan mengenai sukan kita dengan memberikan semangat kepada rakyat bagi menyokong sukan kita. Selain itu, menggunakan atlet-atlet sukan sebagai watak dalam iklan-iklan yang berkenaan seperti mempromosikan jenama minuman yang berkhasiat dan sebagainya.
Kerajaan juga, telah menyediakan sekolah-sekolah bagi pembelajaran sukan untuk menghasilkan pelapis-pelapis daripada sekolah tersebut. Demikian itu, kerajaan telah menyediakan suatu subjek yang perlu di ambil bagi memberikan kecergasan pada diri setiap pelajar. Dalam subjek tersebut kerajaan amat berharap atas pembelajaran yang diberikan itu dalam melakukan sumbangan yang besar kepada Negara kita ataupun dunia kita.
Dalam usaha bagi memajukan sukan negara, media massa mempunyai peranan yang penting dalam usaha kemajuan tersebut. Media massa tidak menjadi asing kepada masyarakat kerana penyebaran surat pekeliling, berita, kongsian pendapat dan sebuah cerita semuanya bermula daripada media massa tersebut. Media massa seharusnya memaparkan suatu isu sukan ke dalam television. Seterusnya, mereka perlulah memaparkan sukan-sukan secara langsung ke dalam paparan television.
Bantuan laman web global ialah suatu cara bagi mengusahakan sukan kita, malah masyarakat kini lebih giat atau lebih gemar kepada penggunaan komputer dan laman sesawang yang lain. Masyarakat sedar akan kebaikan dalam melakukan kegiatan sukan, kegiatan sukan amat baik kepada kesihatan dan tubuh badan. Malah, kegiatan sukan ini dapat menambah hubungan neuron-neuron otak kita. Di samping itu, ia dapat memberikan kecergasan otak dan akan memahirkan otak-otak kita dengan penggunaan kedua-dua belah otak iaitu otak kiri dan juga otak kanan.
Rakan ialah pengaruh yang besar kepada rakan yang lain, bagi usaha ini. pemerhatian kepada seseorang pelajar dalam sukan sudah cukup bagi sumbangan yang tidak memerlukan tenaga yang kuat. Daripada itu, guru-guru perlulah memberikan sokongan yang secukupnya bagi mejayakan usaha kerajaan dan usaha masyarakat sekeliling.
Atas dasar guru, penerangan dalam kebaikan sukan telah diperterangkan oleh guru masing-masing. Antara contoh kebaikan sukan seperti, memberian kesabaran kepada pemain sukan atau penyokong, displin dalam peraturan sukan dan pertuturan, dan kesedaran akan semua nilai yang terbaik.
Usaha yang paling ketara dapat kita lihat dalam menjayakan sukan bola sepak bagi seluruh dunia. Kini sukan bola sepak menjadi perhatian kepada kalian umur manusia. Tambahan pula, deman bola yang hampir dekat yang di mana usaha masyarakat dunia iaitu “EURO 2012”. Atas penampilan pemain-pemain yang mempunyai keelokan rupa itu, meraka di gemari dan digilai oleh kaum Hawa mahupun kaum Adam. Tambahan lagi, kemahiran yang mahir dalam pemainan bola sepak telah menarik pelbagai peminat daripada seluruh dunia.
Sukan ialah kecergasan, kecergasan ialah kegembiraan, kegembiraan untuk semua lapisan masyarakat. Maka, sukan ialah kegembiraan. Jadikanlah sukan itu sebagai suatu pekara yang wajib atau harus bagi sekalian manusia, sesungguhnya sukan menjamin kesihatan manusia dan ingatlah “tak nak seribu daya, hendak seribu dalih”.

Sunday, June 03, 2012

CINTA YANG SATU

Cinta kini menjadi permainan manusia, sedangkan cinta itu hanya satu yang berhak iaitu ALLAH swt. jika dikatakan dengan sayang, Allah swt tidak melarang hamba-nya untuk sayang kepada siapa-siapa.

         Cinta itu sememangnya buta, bisu, gila, pergorbanan dan sebagainya. cinta yang akan di jamin kebahagiaannya ialah mencintai Allah swt. Jika dikaitkan dengan cinta yang sebenarnya. Ada kaitan dengan Allah swt kerana
  • cinta itu buta kerana kita tidak melihat Allah swt.
  • cinta itu bisu kerana Allah swt tidak akan berbicara kepada kita.
  • cinta itu gila dan pergorbanan kerana kita seumpama cinta kepada zat yang kita tidak nampak sedangkan Allah itu wujud.
Mari kita fikir-fikirkan tentang cinta itu, kerana Allah swt mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-nya. Jika kita di uji janganlah kita membenci maha pencipta kita. SEDAR-LAH UMAT ISLAM, Bahawa kita hidup di dunia hanya sementara.

Saturday, June 02, 2012

Mimpi Ngeri...

cerita semalam kini menjadi sejarah, Risau akan permainan mimpi itu berlaku.. semakin di fikir saya menjadi risau.

Seperti hari biasa, Saya tidur dengan keselesaan sendiri. Umpama setiap saat dan setiap waktu kurang keselesaan pada diri.

Tiba satu saat ketenangan lelap mula terasa.
         Al-kisah bermula sewaktu itu. Semuncul sahaja saya di mimpi itu, Saya berada di luar sebuah flat yang sederhana kelihatannya. saya bersama beberapa rakan saya yang tidak dikenali bersama-sama menuju ke suatu tempat tidak di pasti dimana arahnya. Saat tiba di hadapan tangga, kami mula memijak anak tangga satu demi satu sehinggalah ke puncak tuju yang berada di tingkat 5.

                Sesampai kami di sana, kami ke suatu pintu yang kosong muka pintunya. Kami memasuki rumah itu seperti kenalan yang begitu lama sudah dikenali. Kami di layan dengan begitu baik dan alang terkejutnya saya apabila melihat guru pelatih yang belajar di Universiti Malaysia Sabah yang mengajar Subjek Geografi dan Sejarah iaitu cikgu Adi Madika. Saya berkelakuan seperti kebiasaan diri sendiri.

               Jenaka telah di mulakan, kegembiraan kami ke rumah itu tidak dapat saya lupakan. Tetapi itu hanya sementara apabila seorang wanita datang umpama cemburu dengan seseorang. Kami meninggalkan tempat itu dengan aman. Saya merasakan cikgu itu suka kepada rakan saya dan mempunyai perasaan cinta.

              Pada suatu hari, kami ke sebuah supermarket bagi mengisi barang-barang yang berkurang di rumah kami. Perasaan cinta itu Hanya disedari Oleh saya sahaja. Suatu ketika ,saya terlihat cikgu yang berada di sana. wajah Cikgu tersebut amat cemas bagaikan ada suatu perkara yang kurang di senanginya. Setelah dia melihat kami, di menuju ke arah kami. Hanya saya sahaja yang perasan akan kehadiran cikgu di situ. selintas itu, saya terlihat seorang lelaki yang pelik pakaiannya dengan sesuatu alat yang tajam yang bertali besi yang bersambung dengan tangan lelaki itu.


              Lelaki yang pelik itu cuba untuk menyerang rakan saya dan seumpama di upah bagi membunuhnya. Cikgu dengan bergegasnya menuju senjata bagi menghalang serangan tersebut. Dengan itu lelaki yang berpakaian pelik itu menarik senjata tersebut dan terlepaslah senjata tersebut daripada badan cikgu, tetapi malangnya tarikan senjata itu telah menarik jantung cikgu juga. Bergegaslah lelaki pelik itu keluar tanpa berpaling.

                Kejadian itu berlaku amatlah singkat seumpama orang awam tidak melihatnya. Hanya kesan darah sahaja yang dapat menerangkan kejadian itu. Cikgu kelihatan seperti biasa dan keluar tanpa tujuan. Atas kerisauan keselamatannya, saya mengekori cikgu. Sesampai suatu tempat. Cikgu meminta saya pergi dan tinggalkan ia di situ. Ia kelihatan menyesal kerana kematiannya akan  tiba. Saya mengikut arahannya. setelah beberapa hari, hari menjadi biasa. cemas dalam kemalangan itu telah hilang diminda.



              Setelah itu saya terbangun daripada tidur yang menyerikan. Sesampai sekarang perasaan ingin tahu mengenai cikgu dalam mimpi tersebut masih menjadi tanda tanya.

SEKIAN.